.: Nuffnang :.

Cahaya AinulQalb

Bertahajud Menyerikan Wajah Bersyujur Membajai Baraqah, Bermuhasabah Mencetus Hikmah, Bertawakkal Membuah Pasrah dan Bersaudara Menyemai Ukhwah Kerana ALLAH.

Cahaya AinulQalb

Bertahajud Menyerikan Wajah Bersyujur Membajai Baraqah, Bermuhasabah Mencetus Hikmah, Bertawakkal Membuah Pasrah dan Bersaudara Menyemai Ukhwah Kerana ALLAH.

Cahaya AinulQalb

Bertahajud Menyerikan Wajah Bersyujur Membajai Baraqah, Bermuhasabah Mencetus Hikmah, Bertawakkal Membuah Pasrah dan Bersaudara Menyemai Ukhwah Kerana ALLAH.

Cahaya AinulQalb

Bertahajud Menyerikan Wajah Bersyujur Membajai Baraqah, Bermuhasabah Mencetus Hikmah, Bertawakkal Membuah Pasrah dan Bersaudara Menyemai Ukhwah Kerana ALLAH.

Cahaya AinulQalb

Bertahajud Menyerikan Wajah Bersyujur Membajai Baraqah, Bermuhasabah Mencetus Hikmah, Bertawakkal Membuah Pasrah dan Bersaudara Menyemai Ukhwah Kerana ALLAH.

Selasa, 13 April 2010

CINTA YANG PERIH

“Alhamdulillah, selesai juga majlis perkahwinan Adam dan Ainul”,kata Puan Salmah kepada suaminya Encik Suhaimi. “Alhamdulillah”,ringkas jawapan Encik Suhaimi yang leka membaca surat khabar. Adam merupakan anak tunggal Encik Suhaimi dan Puan Salmah.



Semua orang tahu bahawa perkahwinan Adam dan Ainul adalah atas dasar cinta.


“hahaha…. Ainul kau adalah perempuan yang paling bodoh yang aku pernah jumpa Ainul”,kata Adam.


“Apa yang abang cakapkan ini? Ainul tak faham, balas Ainul.


“Eh Ainul, kau ingat aku betul-betul sukakan kau ke? Ainul, kau ingat tak dulu masa kita di sekolah? Kau selalu menyakitkan hati aku, memalukan aku.Kau ingat aku boleh maafkan kau begitu je?Kau ingat aku betul-betul sukakan kau??hah? Kau silap Ainul, selama ini aku berdendam dengan kau. Sekarang kau dah jadi milik aku, dan aku berhak lakukan apa saja pada kau!! Dasar perempuan bodoh! Senang sungguh aku perdayakan kau…hahaha..”, tawa Adam.


“Abang!! Abang tipu Ainul selama ni??Abang berkahwin dengan Ainul semata-mata ingin membalas dendam abang pada Ainul?”,soal Ainul dengan sayu.


“Sayangku Ainul, tak mungkinlah aku nak menipu kali ni. Memang betul.Aku memang nak balas dendam pada kau.Sekarang aku dah miliki harta kau yang paling berharga…hahahaha…itu sahaja tujuan aku…kau memang cantik…hahaha…opsss…lagi satu aku nak ingatkan kau, kau jangan bermimpi untuk bahagia dengan aku!, sebab aku akan menggantung kau tidak bertali!!”,kata Adam sambil tersenyum sinis.


“Abang, sampai hati abang. Ainul percaya dan cintakan abang”, balas Ainul sayu.


Air mata Ainul mengalir. Sayu mengenangkan nasib diri sendiri.


“Apa?Cinta??hahahaha…dulu mungkin aku cintakan kau, tapi sekarang tidak!”, kata Adam.


“Sekarang kau boleh kemaskan barang kau dan berambus!”, halau Adam


Kata-kata Adam masih segar dalam ingatan Ainul, linangan air mata masih menjadi teman yang palig setia Ainul pada setiap malam. Ainul tulus menyintai Adam.Memang benar di awal perkenalan mereka, Ainul amat membenci diri Adam. Namun, perasaan itu kian berubah hari demi hari. Ianya disebabkan oleh kesetiaan Adam untuk mencuri hati Ainul.Sungguh Ainul tidak menyangka bahawa semua itu hanya lakonan.Benci sungguh Adam pada dirinya, hinggakan sanggup bertindak sedemikian. Ainul di tinggalkan sebaik sahaja mereka tinggal berasingan dari keluarga Adam. Adam yang meminta kepada kedua orang tuanya untuk tinggal berasingan. Katanya ingin berdikari. Kedua orang tua Adam mengizinkan mereka. Adam dan Ainul berpindah ke apartment milik Adam. Mama dan papa Adam membantu mereka semasa mereka berpindah. Sebaik sahaja kedua orang tua Adam pulang peristiwa perih tersebut pun bermula. Ainul di halau dari rumah.


Ainul memiliki sebuah rumah yang dibelinya sebelum dia dan Adam bernikah. Ainul telah berpindah ke rumahnya itu setelah dihalau oleh suaminya.


Walaupun sudah 5 bulan peristiwa itu berlalu. Ainul masih lagi isteri Adam.Sejak kejadian itu, Ainul tidak dapat mengesan Adam. Adam menghindarkan diri dari Ainul. Adam benar-benar menggantung Ainul tidak bertali.Ainul kini mengandungkan anak Adam. Kandungannya kini genap 5 bulan.Seperti wanita hamil yang lain, Ainul turut mendapatkan rawatan untuk kesihatan bayinya serta membeli belah barangan bayi. Bezanya Ainul dengan wanita lain, setiap perkara dilakukannya dengan bersendirian. Ainul tidak mendapat belaian Adam di sisi. Setiap petang, sebaik sahaja pulang kerja Ainul akan menghabiskan masanya di buaian, mengusap perut dan mengelamun.Kadang-kadang Ainul akan mencoretkan sesuatu buat Adam. Coretannya itu akan di sampaikan kepada Sarah untuk di sampaikan kepada Adam. Sarah sahaja yang mengetahui perkara sebenar tentang apa yang terjadi antara dia dan Adam.


“ Adam ni ada surat untuk kau, Sarah mintak aku sampaikan”, hulur Haris.


Haris adalah kawan baik Adam. Beliau merupakan tunang Sarah.


Adam, Ainul, Haris dan Sarah saling mengenali antara satu sama lain kerana mereka bersekolah di sekolah yang sama.


“Apa nak jadi dengan kau ni Adam, isteri sebaik Ainul tu kau sia-siakan. Nak kata kau ada perempuan lain, tak pulak..”,tambah Haris.


“Haris, aku bukannya apa. Aku tak cintakan dia. Aku kahwin dengan dia pun sebab aku nak balas dendam. Lantaklah dengan dia..”, balas Adam.


“Kau ni Adam, jangan kau gantung dia lagi.., kau bacalah surat dia tu, mungkin ada yang penting ingin dia sampaikan..”,kata Haris.


“Alah, ni bukan surat yang pertamalah, tu..kau tengok dalam kotak atas almari tu, dalam kotak tu semua surat dia, aku tak ada masa lah nak baca semua surat-surat tu..”, balas Adam bersahaja.


“Apa??? Semua tu surat dari Ainul??dan kau tak baca satu pun?? Apa nak jadi dengan kau ni Adam? Kalau betul pun kau bencikan dia, paling kurang kau bacalah surat dia, kata Haris.


“Hm…”, balas Adam yang tidak mahu memanjangkan perbualan berkenaan dengan Ainul.


“ Ok lah Adam, aku dah janji nak jemput Sarah. Aku ke sini pun sebab nak sampaikan surat tu…aku balik dulu, dan kau jangan lupa baca surat tu…Assalamualaikum”, pesan Haris sebelum beredar.


“Waalaikummussalam..”,jawab Adam ringkas.


Ahhh, serabut!!


Adam memandang pada kotak yang mengadungi surat-surat dari Ainul.Adam mencapai kotak tersebut lalu beredar dari pejabatnya.Sewaktu dalam perjalanan pulang, kata-kata Haris terngiang-ngiang di telinganya.Sebaik usai solat maghrib, Adam mencapai kotak yang mengandungi surat-surat dari Ainul, lalu di susun surat-surat Ainul satu demi satu mengikut tarikh. Di bacanya satu demi satu. Ainul meluahkan segala apa yang ingin disampaikan kepada Adam dalam surat-suratnya. Adam terperanjat apabila mengetahui bahawa Ainul mengandung. Perkara itu dinyatakan Ainul dalam suratnya yang pertama. Surat-surat yang seterusnya, Ainul menceritakan pengalamannya yang bakal bergelar ibu.Setiap perkembangan bayi akan di coretkan dalam surat-suratnya.


Buat suamiku…


Maaf andai keadiran surat ini mengganggu hidup abang.


Abang, hari ini Ainul ke hospital untuk melakukan pemeriksaan untuk bulan ini. Abang, doctor kata bayi kita kembar sepasang.Bahagia rasanya.Lebih bahagia andai abang ada di sisi ketika itu. Tapi tidak mengapa, mungkin masih belum ada ruang di hati abang buat Ainul. Mungkin juga abang masih tidak dapat maafkan Ainul atas kesilpana Ainul yang lalu. Abang, abang ambillah seberapa lama pun masa untuk abang maafkan Ainul. Ainul akan setia menanti abang.


Abang..


Nanti apabila Ainul ingin melahirkan, Ainul akan sampaikan berita pada abang melalui Sarah.Abang mungkin boleh membenci Ainul, tapi Ainul mohon, janganlah abang membenci anak-anak kita. Ainul ingin abang yang memberikan nama buat anak-anak kita kelak dan di harap abang dapat mengazankan mereka.


Sekiranya abang tidak mahu melihat diri Ainul, tidak mengapa. Ainul akan menghindarkan diri Ainul. Asalkan abang mahu mengaku anak-anak dalam kandungan Ainul ini milik abang.


Seandainya umur Ainul berakhir ketika Ainul melahirkan, di harap abang sanggup membesarkan anak-anak kita. Andai abang tidak mahu membesarkan mereka, jangan sekali-kali abang mensia-siakan mereka. Abang hantarlah mereka ke rumah ummi dan abah Ainul. Ainul yakin yang mereka pasti akan menerima kehadiran cucu-cucu mereka dengan hati yang terbuka. Tapi abang, jangan pula abang melepaskan semua tanggungjawab pada ummi dan abah. Andai abang ada kesempatan masa, Abang ziarahi lah anak-anak kita. Mereka juga perlukan kasih sayang dari seorang ayah.


Diharap permintaan Ainul ini tidak berlebihan dan diharap dapat abang memenuhi permintaan Ainul ini.


Sekian, wassalam…


Isterimu


Ainul


Adam leka membaca surat-surat dari Ainul.Sayu sungguh.Timbul rasa kasih buat Ainul dihatinya.


Keesokkan harinya, sebaik sahaja selesai segala tugasannya, Adam bergegas ke pejabat Ainul.


Adam bergegas bukan kerana untuk bertemu Ainul, tetapi untuk mengekori Ainul untuk melihat perkembangan Ainul dari jauh. Nasib Adam baik pada hari ini, kerana dia tidak perlu menunggu lama. Baru sahaja lima minit Adam menunggu, Adam sudah dapat melihat kelibat Ainul dengan perut yang membuyut masuk ke dalam kereta. Ainul kelihatan letih, mungkin kerana banyak urusan pada hari ini. Ainul merupakan akauntan di sebuah syarikat swasta.


Adam mengekori Ainul memasuki sebuah pusat membeli belah. Ainul menuju ke kedai yang menjual barangan bayi. Adam masih lagi mengekori Ainul. Adam sempat bertanya pada dirinya, kenapa dia sanggup menyakiti Ainul yang begitu baik.Timbul kekesalan dihatinya. Kelihatannya Ainul membeli katil bayi.


Sebaik sahaja pekerja kedai tersebut memasukkan katil tersebut ke dalam kereta, Ainul terus bergerak pulang dan Adam masih mengekorinya.


Sebaik sahaja sampai di perkarangan rumah Ainul segera menuju ke longkang. Anak tekaknya tidak tertahan lagi. Mabuk Ainul kini kian teruk. Mungkin kerana sudah mahu sampai bulan. Semuanya diperhatikan Adam yang meletakkan kenderaannya berdekatan dengan rumah Ainul.


Setiap hari Adam akan mengekori Ainul.Semakin hari hatinya makin kuat buat Ainul. Dirinya akan tersenyum sebaik sahaja melihat kelibat Ainul.Tapi hari ini berbeza dengan hari-hari sebelumnya. Ainul kelihatan pucat dan tidak bermaya.Kereta yang di pandu Ainul turut di pandu dengan perlahan. Ia menimbulkan keresahan di hati Adam. Sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah, seperti biasa, Ainul akan berkejar ke longkang untuk memuntahkan segala isi perutnya. Ia seperti menjadi lumrah sebaik sahaja pulang ke rumah. Adam memerhatikannya dengan penuh simpati. Ingin sekali dia memeluk isterinya itu lalu memohon maaf, namun masih ada ego yang menyebabkan Adam tidak bertindak sedemikian.


Tiba-tiba Adam tersentak dari lamunannya sebaik sahaja mendengar jeritan dari seorang wanita, dan wanita itu adalah Ainul. Dia di ragut, sebaik sahaja Ainul berdiri. Tas tangan yang pada awalnya berada di tangan telah disambar. Peragut itu telah menolak Ainul ke tembok. Ainul terkulai layu di situ, dan peragut itu berjaya melepaskan diri. Adam tidak sempat mengejar peragut tersebut. Adam berlari menuju ke arah Ainul, kelihatan ada darah yang mengalir di kaki Ainul. Adam segera membawa Ainul ke hospital, dan Ainul telah di masukkan ke wad kecemasan. Adam telah menghubungi mama dan papanya, serta ummi dan abah Ainul. Mereka bergegas ke hospital yang dimaksudkan oleh Adam.


Sebaik sahaja sampai di hospital Adam pelik melihat ummi dan abah yang sedikit pun tidak kelihatan marah melihat dirinya.


“ Adam, bagaimana dengan keadaan Ainul?lama abah tak jumpa Adam, Ainul kata Adam ada urusan kerja di luar Negara, jadi Adam kerap berulang alik dari Malaysia ke sana. Sibuk sungguh menantu abah ni..”, kata Encik Zainuddin sambil menepuk bahu menantunya itu.


Adam menceritakan peristiwa Ainul di ragut kepada mereka.


Mama dan ummi sudah lama mengalirkan air mata. Tambahan,mengenangkan Ainul yang di ragut.


Adam membawa diri menuju ke surau yang berdekatan untuk menunaikan solat. Dia masih belum bersolat lagi. Sebaik sahaja usai solat, Adam memohon ampun pada Ilahi atas setiap apa yang dilakukannya terhadap Ainul. Sungguh tidak di sangka bahawa Ainul tidak menceritakan apa yang terjadi antara dia dan Ainul sepanjang 9 bulan ini kepada ummi dan abah. Sungguh tabah Ainul melalui hari-harinya.


Usai solat Adam bergegas menuju ke wad kecemasan. Ainul masih lagi di dalam.


Setelah 4 jam berada di dalam bilik kecemasan, akhirnya keluar doktor yang bertugas. Doktor tersebut menyatakan bahawa Ainul selamat melahirkan anak kembar. Namun, Ainul berada dalam keadaan koma. Ini disebabkan pendarahan yang berlaku dan hentakan yang kuat di kepala Ainul semasa dia di ragut..


Adam terduduk, kakinya tidak lagi mampu menampung diri. Dia kesal dengan setiap apa yang berlaku. Semuanya berpunca darinya, sikapnya yang ego yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap diri Ainul dan kandungannya. Sikapnya yang mengikut hati yang hendak membalas dendam terhadap Ainul.Air matanya mengalir, mengenangkan diri Ainul yang kini terbaring koma.


Sudah 48 jam berlalu sebaik sahaja Ainul melahirkan.Ainul masih tidak sedarkan diri. Bayi mereka kembar sepasang. Adam memberikan nama Adam Haris dan Ainul Hanisah buat kedua-dua cahaya matanya. Kerana di dalam surat-surat Ainul, Ainul ada meminta Adam untuk memberikan nama anak-anak mereka nanti sebelum anak-anak mereka di azankan.






Adam melangkah menuju Ainul. Seperti sebelumnya, Adam akan menggenggam tangan Ainul lalu memulakan bicara. Kata doktor, mereka harus kerap berbual dengan Ainul. Ketika Adam leka menceritakan kepada Ainul tentang bayi mereka, tiba-tiba Adam merasakan bahawa jari-jemari Ainul bergerak-gerak. Adam segera memanggil doktor. Sebaik sahaja doktor melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa Ainul akan sedar dalam waktu yang terdekat ini. Mereka sekeluarga memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.


Adam mendapatkan Ainul, lalu menggenggam tangan isterinya. Di kucup jari yang mulus itu dengan linangan air mata. Malam itu, Adam terlena di samping Ainul. Tiba-tiba Adam mendengar seperti ada yang memanggil dirinya, sebaik sahaja dia mengangkatkan kepalanya, dia melihat Ainul yang sudah sedar dan suara yang didengarinya sebentar tadi adalah milik Ainul.


Adam segera mendakap isterinya…


“Ainul, maafkan abang Ainul, abang dah banyak sakitkan hati Ainul… Abang abaikan Ainul, maafkan abang..”,rayu Adam dengan hiba.


“Abang…Ainul dah lama maafkan abang..”, balas Ainul sambil tersenyum.


Berita gembira bahawa Ainul telah sedarkan diri di sampaikan kepada mama, papa, ummi dan abah yang berada di rumah. Adam yang meminta agar mereka berehat di rumah.


Seminggu telah berlalu selepas Ainul sedarkan diri, pada hari ini Ainul diizinkan untuk pulang ke rumah. Semua ahli keluarga menantikan kepulangan Ainul dan bayi mereka di rumah. Adam telah menyediakan banyak kejutan buat Ainul.


Adam telah menyediakan sebuah banglo buat mereka sekeluarga. Banglo tersebut tersergam indah. Adam turut menyediakan dua orang pembantu serta seorang tukang kebun. Semua barang-barang Ainul telah di pindahkan ke banglo tersebut. Tatkala Ainul menanyakan mengapa mereka tidak tinggal di rumah mereka yang dahulu sahaja. Adam menyatakan bahawa dia mahu memulakan hidup yang baru dalam suasana baru.






Sekian….