.: Nuffnang :.

Jumaat, 5 Mac 2010

Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Constantinople





Hadis Rasulullah Tentang Pembebasan Constantinople

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali parit Khadaq:"...Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera......"
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Hadis Nabi Muhammad s.a.w. ini di realisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sulatan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

PENGENALAN

Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan  pada 29 Mar 1432 Masihi di Adrianapolis(sempadan Turki-Bulgaria). Wlau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah di sebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam hadis tadi. Baginda juga di beri gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451-1481). baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli falsafah sejarah berpendapat Baginda mangkat kerana di racun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin al-Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar A-Siddiq ra.

Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda di ajar tentang tektik peperangan, memanah, dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ylung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, latin, greek, Serbia, Turki, Parsi dan Herbew.

Di dalam bidang ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda, Sultan Murad 2, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu' dan rendah diri. Semasa membina benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja.


Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Bginda mengkaji pelan Kota Constantinople setiap malam bagi mengenalpasti titik kelemahannya. Baginda juga mnegkaji sebab-sebab kegagalan kempenkempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang yang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Contantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah di bina oleh Sultan Bayazid Tildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia, dan HUngary untuk memencilkan Constantinople apabila di serang nanti.

Baginda membawa para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantina gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ia menembusi dinding tengah kubu mereka.

BANTUAN DARI POPE VATICAN

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk mengahalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

MELANCARKAN KAPAL PERANG DARI PUNCAK GUNUNG

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokkan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian di luncurkan semula ke perairan teluk Golden Horn. tektik ini dikatakan sebagai tektik peperangan terbaik di dunia oleh sejarawan Barat sendiri. kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantine habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. petahanan Byzantin menjadi semakin rapuh. Bginda mengambil kesempatan pada malanya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingtkan mereka kepada Hadis rasulullah s.a.w. dan bersama-sama berdoa kepada Allah s.w.t.

MEMANJAT DAN MELASTIK DINDING KOTA

Keesokkan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat diding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam di teruskan sehingga tengahari.

KARISMA SEORANG PEMIMPIN

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. pda saat genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, " Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah, Sesiapa yang mahu syahid ikutilah aku!".

Mendengar itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera banginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka semuanya gugur syahid setelah dihujani dengan anak panah musuh.Kemudian tentera-tentera islam menyerbu betali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

PENAWAN CONSTANTINOPLE

Pada 29 mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. baginda menukar namanya kepaa Istanbul (Islam keseluruhan). Gereja Besar St. Sophies di tukar kepada masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah di dahinya dan melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa ini lah baginda di beri gelaran Al-Fateh iaitu menang kerana kejayaanya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada pertama kali solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,"Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu sekali sila duduk!". Tiada seorang pun diantara mereka yang duduk kerana tidak ada di antara mereka yang meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, " Siapa di antara kamu sejak kecil hingga kini pernah meninggalkan solat tahujjud walaupun satu malam, sila duduk!". kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al-Wali.Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam Hadisnya.

Artikel ini saya ambil dari:-
http://satuperkongsian.wordpress.com

2 ulasan:

Precious gem berkata...

assalamualaikum
mintak izin nak link kan blog anda
tentang sultan muhammad al-fateh
:)

Tanpa Nama berkata...

wsalam...maaf, sy xperasan...
xsalah kiranye nk berkongsi ilmu kn...;)