.: Nuffnang :.

Cahaya AinulQalb

Bertahajud Menyerikan Wajah Bersyujur Membajai Baraqah, Bermuhasabah Mencetus Hikmah, Bertawakkal Membuah Pasrah dan Bersaudara Menyemai Ukhwah Kerana ALLAH.

Ahad, 28 April 2013

.: Dosa - Dosa Besar Yang Sering Diremehkan Wanita - Bahagian 2 :.

Ingin saya ketengahkan beberapa perkara yang akan menyebabkan dosa-dosa kecil menjadi dosa besar :-

1) Dilakukan Secara Berterusan

Sebagai contoh :-
Seorang wanita memandang sesuatu yang diharamkan, maka ia termasuklah zina mata yang dosanya lebih kecil dari zina kemaluan. Akan tetapi, jika hal ini dilakukan secara berterusan, 
maka dosanya kan menjadi besar.

Rasulullah s.a.w. bersabda:-
"Berhati-hatilah kalian terhadap dosa kecil kerana ia berkumpul dalam diri seseorang, akan dapat membinasakannya." (HR. Ahmad Tabrani).

2) Meremehkan Dosa

Rasulullah s.a.w. bersabda:-
"Waspadalah terhadap sikap suka meremehkan dosa, kerana bila saja seseorang melakukan hal tersebut, maka dia akan binasa."(HR. Ahmad Tabrani).

3) Berasa Senang Semasa Melakukan Dosa

Rasulullah s.a.w. bersabda:-
"Barang siapa melakukan dosa sambil ketawa, nescaya dia akan masuk ke neraka sambil menagis."(HR. Abu Naim).

4) Berasa Selamat Dari Seksa Allah

Seseorang yang melakukan dosa kecil akan berasa selamat ketika dia terbuai dengan kemurahan Allah dalam menutup dosa itu. Dia tidak menyedari bahawa itu merupakan pengagguhan hukuman dari Allah untuknya. bahkan dia menyangka bahawa Allah sangat mengasihinya 
dan memberi layanan khas kepadanya.

Allah s.w.t. Berfirman:-
"Tidakkah engkau perhatikan orang yang telah dilarang daripada perbuatan berbisik-bisij, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka berbisik-bisik untuk melakukan dosa, permusuhan dan derhaka kepada rasul, dan apabila mereka datang kepadamu (Muhammad), mereka mengucapkan salam dengan cara yang bukan seperti yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri: " (Kalau benar Muhammad utusan Allah, maka) Mengapa Allah menyeksa kita atas apa yang kita katakan itu?" Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka masuki. Maka nereka itu seburuk-buruk tempat kembali." 
(Surah al-Mujadalah:8).

5) Melakukan dosa secara terang-terangan.

Menceritakan perbuatan dosa atau melakukan dosa secara terang-terangan dapat mengundang hasrat yang lain mendengar atau melihatnya untuk ikut melakukan perbuatan dosa tersebut.
Ketika orang lain yang mendengar serta turut ikut melakuakn dosa tersebut, maka terkumpullah dua dosa yang kini menjadi satu dan akibatnya dosa itu menjadi lebih berat. Dan perkara itu akn semakin berpanjangan dan dosa akan semakin bertambah.

Rasulullah s.a.w. Bersabda:-
" Seluruh umatku akan dimaafkan kecuali orang yang etrang-terangan dalam dosa (al-mujahirun), termasuk terang-terangan dalam dosa ialah seorang hamba yang melakukan dosa di malam jari lalu Allah menutupinya ketika pagi, namun dia berkata, ' Wahai Fulan, malam tadi aku telah melakukan perbuatan begini-dan begini!" (HR. Muslim).