.: Nuffnang :.

Cahaya AinulQalb

Bertahajud Menyerikan Wajah Bersyujur Membajai Baraqah, Bermuhasabah Mencetus Hikmah, Bertawakkal Membuah Pasrah dan Bersaudara Menyemai Ukhwah Kerana ALLAH.

Cahaya AinulQalb

Bertahajud Menyerikan Wajah Bersyujur Membajai Baraqah, Bermuhasabah Mencetus Hikmah, Bertawakkal Membuah Pasrah dan Bersaudara Menyemai Ukhwah Kerana ALLAH.

Cahaya AinulQalb

Bertahajud Menyerikan Wajah Bersyujur Membajai Baraqah, Bermuhasabah Mencetus Hikmah, Bertawakkal Membuah Pasrah dan Bersaudara Menyemai Ukhwah Kerana ALLAH.

Cahaya AinulQalb

Bertahajud Menyerikan Wajah Bersyujur Membajai Baraqah, Bermuhasabah Mencetus Hikmah, Bertawakkal Membuah Pasrah dan Bersaudara Menyemai Ukhwah Kerana ALLAH.

Cahaya AinulQalb

Bertahajud Menyerikan Wajah Bersyujur Membajai Baraqah, Bermuhasabah Mencetus Hikmah, Bertawakkal Membuah Pasrah dan Bersaudara Menyemai Ukhwah Kerana ALLAH.

Selasa, 21 Jun 2011

.: Mona Fendi :.

Tiba-tiba teringat nak baca kisah-kisah yang berkaitan dengan Mona Fendi...
Pembunuh paling kejam di Malaysia pada satu masa dulu...




Beliau merupakan seorang penyanyi dan pernah merakamkan album...

Melihat pada wajahnya, sukar tuk mempercayai bahawa dia seorang pembunuh yang kejam dan sanggup menyimen mangsanya.

Menurut sumber-sumber yang bole dipercayai, beliau merupakan pengamal ilmu hitam...
Beliau juga merupakan dukun yang agak terkenal di kalangan mereka-meraka yang mempercayai aktiviti tersebut...

Beliau sudah berkahwin dan suaminya( Mohd Affandi) sendiri adalah pengikut setianya, dia turut di bantu oleh seorang pembantu (Juraimi Hussin).


Segala kegiatan beliau terbongkar setelah kes  pembunuhan Dato Mazlan ( yang mana juga di katakan sebagai seorang yang mempunyai ilmu kebal)...

Dato mazlan di percayai di kerat 18...Menurut maklumat juga, kesemua mangsa Mona Fendi akan di kerat 18 dan dia akan melapah mayat tersebut untuk tujuan menjaga ilmu hitamnya...

1993-Mona Fendi, Suami serta Pembantunya ditangkap...

1995-Dibicarakan & diberi hukuman mati mandatori

2001-Tamat riwayat pada 2 Nov

Sekian sahaja rentetan kisah Mona Fendi secara ringkas... Sekadar tuk berkongsi  dan menghilangkan letih di musim2 exam ni...;) andai ada maklumat yang tidak benar, harap di maafkan...;) 

WASSALAM...

Ahad, 19 Jun 2011

.: Taman Tergantung Babylon :.




Taman Tergantung Babylon atau dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis dan tembok-tembok Babylon (kini adalah Iraq) telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II anak kepada Nabopolassar yang telah menguasai kerajaan Babylon dan telah menyebabkan berakhirnya zaman Mesopotamia yang dipimpin oleh Raja Hammurabi.

Babylon terletak kira-kira 50km dari Selatan Baghdad.


Menurut sesetengah sumber, taman ini dibina untuk mengembirakan hari isteri Raja Nebuchadnezzar Amyitis yang merindukan kampung halamanAmyitis, anak kepada Raja dari kerajaan Medes, telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua negara.

Negara dari mana dia datang adalah sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya dia terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotamia (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia bersedih. Maka, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti kampung halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman.

Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul "tergantung" seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung” tetapi "anjung," seperti terletak di atas beranda atau suatu teres.

Ahli geografi Yunani Strabo, yang memperihalkan tentang taman itu pada kurun pertama Sebelum Masihi, menulis "Taman tersebut adalah segi empat sama “quadrangular”, dan setiap sisi adalah sepanjang empat plethra. Ia mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain, dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak. Semua itu berongga yang berisi tanah untuk membenarkan pokok-pokok besar untuk ditanam. Tiang-tiang, ruang dan teres-teres dibina dari bata yang dibakar dan simen tampalan."

Jika taman itu wujud, ia akan mempamerkan suatu pemandangan yang menarik: Bukit buatan yang subur menghijau memberi kelainan dari yang lain di sekelilingnya yang tandus.
"Pendekatan terhadap Taman itu ibarat pinggir bukit dan sebahagian dari struktur binaan menaik antara satu dengan lain tingkat demi tingkat... Di atas semua ini, tanah telah diletakkan dan telah ditanamkan pohon-pohon dengan lebatnya dengan setiap jenis yang, dengan saiznya yang besar dan menarik, memberikan kesenangan kepada pemiliknya... Air dinaikkan dengan banyaknya dari sungai walaupun tiada siapapun di luar yang dapat melihatnya."
~ Diodorus Siculus ~






Sabtu, 18 Jun 2011

.: Santapan Diri :.


"Jagalah dirimu dari api neraka, meskipun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma.Jika tidak dapat memadai dengan sepatah kata yang baik"
~ Rasulullah SAW ~

"Orang yang cerdas adalah orang yang selalu memikirkan dan mempersiapkan kematian"
~ Rasulullah SAW ~

"Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana hati itu letih ia akan menjadi buta"
~ Imam Ali bi Abi Talib ~

"Mencari ilmu itu lebih utama dari mengerjakan sunnah"
~ Imam Al-Syafi'e ~

"Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan juga pada manisnya ucapan di bibir. Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"
~ Imam al-Ghazali ~

"Hitunglah nikmat Allah yang telah kamu terima dari terus menerus menghitung penderitaan yang dialami"