.: Nuffnang :.

Sabtu, 16 Januari 2010

Kepentingan Wanita Menutup Aurat

Setiap hukum yang diturunkan oleh Allah Ta'ala mempunya tujuan dan hikmah yang pasti mendatangkan kebaikan kepada manusia.


Ahli feqah telah mengakategorikan kebaikan manusia perlu dijaga dalam 3 kategori iaitu, maslahah daruriat, hajiat dan tahsiniat.
  • Maslahah daruriat
    • mengandungi 5 perkara iaitu Agama, nyawa, akal, kehormatan dan harta. Setiap satu dari syariat ini amat dijaga oleh syariat Islam melalui dua bentuk iaitu berbentuk perintah dan larangan serta berbentuk hukuman.
Dua daripada 5 perkara yang perlu diberi perhatian khusus ialah soal agama dan kehormatan.
Dan di sini lah relevannya perbincangan falsafah darurat.


Jika di tanya mengapa wanita harus menutup aurat?
  • Maka jawapannya ialah, menjaga agama dan kehormatan manusia sejagat.
Bagaimana?
  • Jawapannya ialah, agama islam mahu kehidupan manusia di dunia ini berjalan lancar dalam keadaan yang tenang dan tenteram dalam semua aspek perhubungan samada hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia dengan manusia, dan hubungan manusia dengan makhluk lain.
Kunci bagi ketenteraman adalah hati, sebagaimana yang diungkap oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda yang bermaksud:


" Sesungguhnya di dalam badan manusia ada seketul darah, apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad (tindakan-tindakannya), dan sekiranya ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad (tindakan-tindakannya).Ketahuilah seketul daging itu adalah hati."


Hati manusia pula melalui panduan yang di berikan Rasulullah s.a.w. bolleh menjadi kotor dan boleh menjadi bersih dari segi rohaninya.


Hati manusia akan menjadi hitam apabila manusia terlalu tenggelam dalam memenuhi tuntutan syahwat yang dilarang oleh syariat Islam. Antara bentuk syahwat yang sukat dikawal manusia adalah syahwat lelaki terhadap wanita sebagai mana terungkap dalam firman Allah Ta'ala yang bermaksud:


"Diperhiaskan kepada manusia syahwat terhadap wanita, anak-anak...(Ali Imran:14)


Dengan itu, perintah menutup aurat bagi wanita dalam syariat Islam adalah bertujuan untuk membersihkan masyarakat islam daripada ditenggelami oleh gelora syahwat dan akhirnya akan menyebabkan umat islam lupa akan kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan terhadap Tuhan, agama, diri , keluarga, masyarakat dan negara. Ini bermaksud kebaikan menutup aurat adalah pulang kepada manusia itu sendiri. Selain daripada itu, perintah menutup aurat ini juga adalah satu sigat rahmat Allah terhadap kelemahan yang ada pada manusia samada lelaki atau perempuan dalam berdepan dengan kebangkitan dorongan seksual yang kena pada tempatnya (yang dilarang oleh syarak)


Justeru itu al-Quran memerintahkan wanita-wanita beriman supaya menutup aurat mereka dengan sempurna melalui firman Allah Ta'ala di dalam seurah al-Ahzab yang bermaksud:


"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang yang beriman: Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh badan mereka."{al-Ahzab:59)


Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. amat menekankan tentang aurat wanita.


Antaranya Rasulullah s.a.w. pernah mengungkapkan istilah "perempuan berpakaian tetapi bertenlanjang" di dalam salah satu hadis baginda. Ini kerana sekalipun perempuan itu memakai pakaian, tetapi pakaiannya itu tidak dapat mengelakkan diinya daripada fitnah yang boleh merosakkan hati dan perlakuan umat islam.Daripada hadis ini juga para ulama telah menggariskan panduan menutup aurat dalam islam.


Antara panduan yang telah diberikan ialah pakaian yang dipakai hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
  • Hendaklah menutup semua anggota termasuk dalam aurat iaitu seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan, kecuali wanita yang mempunyai rupa paras yang terlalu cantik dan boleh menimbulkan fitnah apabila lelaki melihatnya. Maka wanita ini wajib menutup seluruh auratnya.
  • Pakaian yang dipakai hendaklah longgar dan tidak menunjuk bentuk tubuh badan
  • Pakaian yang tidak jarang hingga menampakkan kulit badan.
  • Menurut sesetengah ulama warna pakaian hendaklah warna yang tidak menarik perhatian
Kriteria-kriteria pakaian ini adalah bersifat mutlak tanpa mengalami apa-apa perubahan sejak dulu sampai bila-bila.


Kadang-kadang timbul persoalan antara fesyen dan  tuntutan menutup aurat. Ini kerana kedapatan wanita yang memakai pakaian yang sinonim dengan islam tetapi hakikatnya fesyen itu langsung tidak mengikuti kriteria-kriteria yang di senaraikan. Tambahan pula dengan wanita-wanita yang berpakaian ala-ala barat yang langsung tidak menunjukkan identiti islam dalam berpakaian.Golongan ini lebihh buruk nasibnya daripada golongan yang pertama di akhirat kelak.


Bukan sesuatu yang mudah untuk memenuhi kriteria-kriteria tersebut, ia hanya akan dapat dilaksanakan apabila keimanan dan kesedaran terbit dalam diri wanita itu sendiri.


Perintah menutup aurat terutama ke atas wanita adalah bertujuan untuk:
  • Menjaga maruah sebagai seorang manusia yang mempunyai kehormatan diri.
  • Memelihara kelyarha daripada dilanda kekeruhan yang berpunca daripada gelora seks yang tidak terkawal hasil daripada aurat yang didedahkan.
  • Mengawal masyarakat daripada dicemari dengan kekotoran sosial akibat daripada perbuatan tidak menutup aurat di kalanagn wanitanya
  • Menyelamatkan perbelanjaan negara daripada di belanjakan untuk merawat pelaku dan mangsa jenayah seksual yang berpunca daripda wanita yang tidak menutup aurat.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sangat membantu!!!