.: Nuffnang :.

Jumaat, 1 Januari 2010

Kiamat


Hari Kiamat merupakan hari kemusnahan alam dan bumi secara keseluruhannya serta kebangkitan semula.


Tanda-tanda Kiamat :-



  • Tanda-tanda Besar


  1. Keluarnya sejenis binatang dari perut bumi yang digelar DAbbatul Ardhi.

  2. Lahirnya Dajjal.

  3. Keluar asap yang tebal.

  4. Turunnya Nabi Isa a.s.

  5. Kemunculan Imam Mahdi.

  6. Matahari terbit dari ufuk barat.

  7. Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.

  8. Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik.

  9. Runtuhnya Ka'abah.

  10. Terdengar tiupan sangkakala pertama

  11. Ada azan yang tidak di jawab

  12. 3 kali gempa bumi, sekali di timr, sekali di barat, dan yang ketiga di semenanjung Arab.


  • Tanda-tanda Kecil


  1. Penaklukan Baitulmuqaddis.

  2. Zina yang bermaharajalela.

  3. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.

  4. Bermaharajalela alat muzik.

  5. Menghias masjid dan membanggakannya.

  6. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

  7. Ramai orang yang menuntut ilmu adalah kerana pangkat dan kedudukan.

  8. Ramai orang yang soleh meninggal dunia.

  9. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

  10. mengucapkan salam kepada oran yang dikenalinya sahaja.

  11. Ramai wanita yang berpakaian, tetapi hakikatnya bertelanjang.

  12. Bulan sabit kelihatan besar.

  13. Banyak dusata dan tidak tepat dalam penyampaian berita.

  14. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

  15. Negeri Arab menjadi padang rumput dan sungai.

  16. Banayaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa.

  17. Manusia mewarnakan rambut dengan pewarna hitam agar kelihatan muda.

  18. Kekayaan umum dikuasai segelintir manusia tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

  19. Terdapat banyak pengkritik, pembawa cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

  20. Menjalinkan hubungan dengan mereka yang tidak dikenali, dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.

  21. Orang akan melakukan homoseksual

  22. Akan lahirnya ramai ank luar nikah.

  23. Kurangnya sifat amanah.

  24. Terasa berat untuk menjalankan syariah.

  25. Lelaki berkasar dengan bapanya, tetapi beramah dengan rakan-rakannya.

  26. Meninggi-ninggikan suara di masjid.

  27. Pemimpin sesuatu kaum adalah keji, dan pemimpin sesuatu kaum adalah fasik.

  28. lelaki dihormati bukan kerana kabaikan, tetapi kerana takut akan kejahatannya.

  29. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan.

  30. mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmunya, tetapi kerana suaranya.

  31. Penjualan jawatan atau politik wang.

  32. Memandang rendah pada darah.

  33. Seorang isteri yang memiliki pangkat yang lebih besar dari suaminya dalam satu syarikat.

  34. Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat islam.

  35. Orang fasik dimuliakan, manakala orang mulia direndahkan.

  36. Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan.

  37. Banyak berlakunya gempa bumi.

  38. Banyak berlakunya pergaduhan dan pembunuhan.

  39. Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba.

  40. Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat.


SEKIAN...

0 ulasan: