.: Nuffnang :.

Cahaya AinulQalb

Bertahajud Menyerikan Wajah Bersyujur Membajai Baraqah, Bermuhasabah Mencetus Hikmah, Bertawakkal Membuah Pasrah dan Bersaudara Menyemai Ukhwah Kerana ALLAH.

Cahaya AinulQalb

Bertahajud Menyerikan Wajah Bersyujur Membajai Baraqah, Bermuhasabah Mencetus Hikmah, Bertawakkal Membuah Pasrah dan Bersaudara Menyemai Ukhwah Kerana ALLAH.

Cahaya AinulQalb

Bertahajud Menyerikan Wajah Bersyujur Membajai Baraqah, Bermuhasabah Mencetus Hikmah, Bertawakkal Membuah Pasrah dan Bersaudara Menyemai Ukhwah Kerana ALLAH.

Cahaya AinulQalb

Bertahajud Menyerikan Wajah Bersyujur Membajai Baraqah, Bermuhasabah Mencetus Hikmah, Bertawakkal Membuah Pasrah dan Bersaudara Menyemai Ukhwah Kerana ALLAH.

Cahaya AinulQalb

Bertahajud Menyerikan Wajah Bersyujur Membajai Baraqah, Bermuhasabah Mencetus Hikmah, Bertawakkal Membuah Pasrah dan Bersaudara Menyemai Ukhwah Kerana ALLAH.

Sabtu, 20 November 2010

Pemilik Rahsia Rasulullah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Alkisah pada suatu hari, seorang anak kecil sedang menggembala kambing kepunyaan pembesar Quraisy, Uqbah bin Abi Mu'aith, dan telah datang kepadanya Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar r.a. yang sangat keletihan dan kehausan hinggakan bibir mereka kering. Mereka mengucapkan salam seraya berkata, "Wahai anak kecil, perahkanlah untuk kami susu kambing ini agar dahaga kami hilang dan keringat kami hilang."

"Maaf, aku tidak boleh melakukannya. Kambing ini bukan milikku. Aku hanya seorang penggembala." Jawab anak itu bersenandungkan amanah.
Rasulullah s.a.w. lalu berkata, "Tunjukkan kepadaku (1)kambing yang belum dikahwinkan." Anak kecil itu, yang digelar Ibnu Ummi Abdul, menunjukkan kepada seekor kambing kecil yang berada dekat dengannya. Rasulullah s.a.w. menghampiri kambing itu lantas memegang puting susunya dengan tangan, menyebut nama  Allah lalu meniupnya. Dan keluarlah susu kambing itu bercucuran. Ibnu Ummi Abdul, atau nama sebenarnya Abdullah ibn Mas'ud, hanya memerhati dengan penuh kehairanan.
Abu Bakar r.a. mengisi air susu itu dalam seketul batu yang berlubang lalu mereka, termasuk Abdullah, meminumnya. Selesai hajat mereka, air susu itu berhenti mengalir sebaik sahaja diarahkan oleh Rasulullah s.a.w.
"Ajarkan kepadaku kalimat yang engkau ucapkan tadi," kata Abdullah.
"Engkau anak yang terdidik," jawab Rasulullah.
Itulah permulaan kisah Abdullah ibn Mas'ud r.a. dengan Rasulullah s.a.w.. Sedari pertemuan itu, Abdullah menggauli Nabi Allah, Muhammad s.a.w. hingga akhirnya dia memilih Islam sebagai agamanya. Abdullah termasuk golongan As-Sabiqunal Awwalun, iaitu kelompok pertama yang menerima Islam. Dia kemudian menawarkan diri untuk berkhidmat kepada baginda dan jadilah dia pembantu kepada Penghulu Para Nabi.
Membesar di rumah baginda membuka peluang kepada Abdullah untuk ditunjuk ajar, belajar, dan mencontohi Rasulullah. Sejarah meriwayatkan bahawa Ibn Mas'ud adalah sahabat yang paling banyak membaca Al-Quran, paling memahami maknanya dan paling mengetahui syari'at Allah s.w.t.. Bahkan Rasulullah s.a.w. mengizinkan Abdullah masuk ke (2)rumah baginda sesuka hatinya dan menyingkap landasan rahsia baginda hinggakan dia dipanggil Sahibussir, pemilik rahsia Rasulullah s.aw..
Umar Al-Khattab pernah bercerita, suatu malam ketika dia berada di samping baginda dan Abu Bakar r.a. yang sedang bermusyawarah perihal kaum Muslimin lalu mereka beredar dari tempat itu, mereka melihat seorang lelaki yang sedang solat di dalam masjid. Rasulullah s.a.w. berdiri sejenak di situ melontarkan pandangannya terhadap lelaki itu hingga akhirnya lelaki itu menoleh kepada mereka. Bagida langsung berkata, "Siapa yang senang membaca al-Quran dengan lembut sebagaimana diturunkan, hendaklah dia membacanya seperti bacaan Ibnu Ummi Abdul." Ketika Ibnu Mas'ud duduk berdoa, Rasulullah s.a.w. melanjutkan kata-katanya, "Mintalah, engkau akan diberikan-Nya. Mintalah, engkau akan diberikan-Nya."
Umar r.a. lalu berkata dalam hatinya, "Demi Allah, esok aku akan menemui Ibnu Mas'ud dan memberitahunya bahawa Rasulullah s.a.w. mengaminkan doanya." Adapun keesokan harinya, Abu Bakar r.a. telah mendahuluinya lalu berkatalah Umar r.a., "Demi Allah, Abu Bakar selalu mendahuluiku dalam kebaikan." Umar r.a. telah menyifatkan Ibnu Mas'ud sebagai dana ilmu dan mengangkatnya sebagai kadi Kufah pada zaman pemerintahannya.
Ibnu Mas'ud, sahabat yang dimuliakan Rasulullah, mempunyai pengalaman dalam dua hijrah – ke Habsyah dan ke Madinah – dan berkesempatan sembahyang berkiblatkan dua kiblat iaitu Baitulmaqdis dan Kaabah. Beliau juga pernah mengikuti semua peperangan yang disertai oleh Rasulullah. Dan dalam peperangan Badar, beliau telah memancung kepala musuh Islam paling hebat; Abu Jahal.

Jumaat, 17 September 2010

: : Kaabah : :



Menurut Islam, Kaabah dibina semula antara 5 hingga 12 kali.
  • Pembinaan pertama : Nabi Adam AS
    • Di dalam Al-Quran ada dinyatakan bahawa Kaabah merupakan rumah ibadah pertama yang dibina oleh manusia bertujuan untuk menyembah Allah SWT
  • Pembinaan seterusnya : Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS
  • Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah
    • Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci 
    • Dinding Hatim adalah 33 kaki 
    • Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki
    • Dinding Barat adalah 46.5 kaki 
  • Berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish. 
  • Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. Terdapat empat puak yang  turut serta dalam pembinaan semula Kaabah.
  • Pertelingkahan Hajar Aswad  
    • Pertelingkahan bermula ketika memilih siapa yang berhak di beri penghormatan untuk meletakkan Hajar Aswad. Pertelingkahan ini hampir menimbulkan pergaduhan.
    • Namun, Abu Umayah iaitu penduduk tertua Mekah mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki masjid pada keesokan harinya akan menentukan siapa yang layak.
    • Dan insan yang di pilih Allah ialah Rasulullah SAW
      • Rasulullah mencadangkan batu Hajar Aswad itu di letakkan di atas kain dan setiap penjuru kain tersebut di pengang oleh setiap wakil puak, Kain tersebut di angkat ke tempat batu itu hendak di letakkan dan Rasulullah telah meletakkan batu tersebut di tempatnya.
  •  Bangunan yang berbentuk kubus yang berukuran 12x15x10 juga di sebut sbg Baitullah dan Baitul Ateeq

Selasa, 13 April 2010

CINTA YANG PERIH

“Alhamdulillah, selesai juga majlis perkahwinan Adam dan Ainul”,kata Puan Salmah kepada suaminya Encik Suhaimi. “Alhamdulillah”,ringkas jawapan Encik Suhaimi yang leka membaca surat khabar. Adam merupakan anak tunggal Encik Suhaimi dan Puan Salmah.



Semua orang tahu bahawa perkahwinan Adam dan Ainul adalah atas dasar cinta.


“hahaha…. Ainul kau adalah perempuan yang paling bodoh yang aku pernah jumpa Ainul”,kata Adam.


“Apa yang abang cakapkan ini? Ainul tak faham, balas Ainul.


“Eh Ainul, kau ingat aku betul-betul sukakan kau ke? Ainul, kau ingat tak dulu masa kita di sekolah? Kau selalu menyakitkan hati aku, memalukan aku.Kau ingat aku boleh maafkan kau begitu je?Kau ingat aku betul-betul sukakan kau??hah? Kau silap Ainul, selama ini aku berdendam dengan kau. Sekarang kau dah jadi milik aku, dan aku berhak lakukan apa saja pada kau!! Dasar perempuan bodoh! Senang sungguh aku perdayakan kau…hahaha..”, tawa Adam.


“Abang!! Abang tipu Ainul selama ni??Abang berkahwin dengan Ainul semata-mata ingin membalas dendam abang pada Ainul?”,soal Ainul dengan sayu.


“Sayangku Ainul, tak mungkinlah aku nak menipu kali ni. Memang betul.Aku memang nak balas dendam pada kau.Sekarang aku dah miliki harta kau yang paling berharga…hahahaha…itu sahaja tujuan aku…kau memang cantik…hahaha…opsss…lagi satu aku nak ingatkan kau, kau jangan bermimpi untuk bahagia dengan aku!, sebab aku akan menggantung kau tidak bertali!!”,kata Adam sambil tersenyum sinis.


“Abang, sampai hati abang. Ainul percaya dan cintakan abang”, balas Ainul sayu.


Air mata Ainul mengalir. Sayu mengenangkan nasib diri sendiri.


“Apa?Cinta??hahahaha…dulu mungkin aku cintakan kau, tapi sekarang tidak!”, kata Adam.


“Sekarang kau boleh kemaskan barang kau dan berambus!”, halau Adam


Kata-kata Adam masih segar dalam ingatan Ainul, linangan air mata masih menjadi teman yang palig setia Ainul pada setiap malam. Ainul tulus menyintai Adam.Memang benar di awal perkenalan mereka, Ainul amat membenci diri Adam. Namun, perasaan itu kian berubah hari demi hari. Ianya disebabkan oleh kesetiaan Adam untuk mencuri hati Ainul.Sungguh Ainul tidak menyangka bahawa semua itu hanya lakonan.Benci sungguh Adam pada dirinya, hinggakan sanggup bertindak sedemikian. Ainul di tinggalkan sebaik sahaja mereka tinggal berasingan dari keluarga Adam. Adam yang meminta kepada kedua orang tuanya untuk tinggal berasingan. Katanya ingin berdikari. Kedua orang tua Adam mengizinkan mereka. Adam dan Ainul berpindah ke apartment milik Adam. Mama dan papa Adam membantu mereka semasa mereka berpindah. Sebaik sahaja kedua orang tua Adam pulang peristiwa perih tersebut pun bermula. Ainul di halau dari rumah.


Ainul memiliki sebuah rumah yang dibelinya sebelum dia dan Adam bernikah. Ainul telah berpindah ke rumahnya itu setelah dihalau oleh suaminya.


Walaupun sudah 5 bulan peristiwa itu berlalu. Ainul masih lagi isteri Adam.Sejak kejadian itu, Ainul tidak dapat mengesan Adam. Adam menghindarkan diri dari Ainul. Adam benar-benar menggantung Ainul tidak bertali.Ainul kini mengandungkan anak Adam. Kandungannya kini genap 5 bulan.Seperti wanita hamil yang lain, Ainul turut mendapatkan rawatan untuk kesihatan bayinya serta membeli belah barangan bayi. Bezanya Ainul dengan wanita lain, setiap perkara dilakukannya dengan bersendirian. Ainul tidak mendapat belaian Adam di sisi. Setiap petang, sebaik sahaja pulang kerja Ainul akan menghabiskan masanya di buaian, mengusap perut dan mengelamun.Kadang-kadang Ainul akan mencoretkan sesuatu buat Adam. Coretannya itu akan di sampaikan kepada Sarah untuk di sampaikan kepada Adam. Sarah sahaja yang mengetahui perkara sebenar tentang apa yang terjadi antara dia dan Adam.


“ Adam ni ada surat untuk kau, Sarah mintak aku sampaikan”, hulur Haris.


Haris adalah kawan baik Adam. Beliau merupakan tunang Sarah.


Adam, Ainul, Haris dan Sarah saling mengenali antara satu sama lain kerana mereka bersekolah di sekolah yang sama.


“Apa nak jadi dengan kau ni Adam, isteri sebaik Ainul tu kau sia-siakan. Nak kata kau ada perempuan lain, tak pulak..”,tambah Haris.


“Haris, aku bukannya apa. Aku tak cintakan dia. Aku kahwin dengan dia pun sebab aku nak balas dendam. Lantaklah dengan dia..”, balas Adam.


“Kau ni Adam, jangan kau gantung dia lagi.., kau bacalah surat dia tu, mungkin ada yang penting ingin dia sampaikan..”,kata Haris.


“Alah, ni bukan surat yang pertamalah, tu..kau tengok dalam kotak atas almari tu, dalam kotak tu semua surat dia, aku tak ada masa lah nak baca semua surat-surat tu..”, balas Adam bersahaja.


“Apa??? Semua tu surat dari Ainul??dan kau tak baca satu pun?? Apa nak jadi dengan kau ni Adam? Kalau betul pun kau bencikan dia, paling kurang kau bacalah surat dia, kata Haris.


“Hm…”, balas Adam yang tidak mahu memanjangkan perbualan berkenaan dengan Ainul.


“ Ok lah Adam, aku dah janji nak jemput Sarah. Aku ke sini pun sebab nak sampaikan surat tu…aku balik dulu, dan kau jangan lupa baca surat tu…Assalamualaikum”, pesan Haris sebelum beredar.


“Waalaikummussalam..”,jawab Adam ringkas.


Ahhh, serabut!!


Adam memandang pada kotak yang mengadungi surat-surat dari Ainul.Adam mencapai kotak tersebut lalu beredar dari pejabatnya.Sewaktu dalam perjalanan pulang, kata-kata Haris terngiang-ngiang di telinganya.Sebaik usai solat maghrib, Adam mencapai kotak yang mengandungi surat-surat dari Ainul, lalu di susun surat-surat Ainul satu demi satu mengikut tarikh. Di bacanya satu demi satu. Ainul meluahkan segala apa yang ingin disampaikan kepada Adam dalam surat-suratnya. Adam terperanjat apabila mengetahui bahawa Ainul mengandung. Perkara itu dinyatakan Ainul dalam suratnya yang pertama. Surat-surat yang seterusnya, Ainul menceritakan pengalamannya yang bakal bergelar ibu.Setiap perkembangan bayi akan di coretkan dalam surat-suratnya.


Buat suamiku…


Maaf andai keadiran surat ini mengganggu hidup abang.


Abang, hari ini Ainul ke hospital untuk melakukan pemeriksaan untuk bulan ini. Abang, doctor kata bayi kita kembar sepasang.Bahagia rasanya.Lebih bahagia andai abang ada di sisi ketika itu. Tapi tidak mengapa, mungkin masih belum ada ruang di hati abang buat Ainul. Mungkin juga abang masih tidak dapat maafkan Ainul atas kesilpana Ainul yang lalu. Abang, abang ambillah seberapa lama pun masa untuk abang maafkan Ainul. Ainul akan setia menanti abang.


Abang..


Nanti apabila Ainul ingin melahirkan, Ainul akan sampaikan berita pada abang melalui Sarah.Abang mungkin boleh membenci Ainul, tapi Ainul mohon, janganlah abang membenci anak-anak kita. Ainul ingin abang yang memberikan nama buat anak-anak kita kelak dan di harap abang dapat mengazankan mereka.


Sekiranya abang tidak mahu melihat diri Ainul, tidak mengapa. Ainul akan menghindarkan diri Ainul. Asalkan abang mahu mengaku anak-anak dalam kandungan Ainul ini milik abang.


Seandainya umur Ainul berakhir ketika Ainul melahirkan, di harap abang sanggup membesarkan anak-anak kita. Andai abang tidak mahu membesarkan mereka, jangan sekali-kali abang mensia-siakan mereka. Abang hantarlah mereka ke rumah ummi dan abah Ainul. Ainul yakin yang mereka pasti akan menerima kehadiran cucu-cucu mereka dengan hati yang terbuka. Tapi abang, jangan pula abang melepaskan semua tanggungjawab pada ummi dan abah. Andai abang ada kesempatan masa, Abang ziarahi lah anak-anak kita. Mereka juga perlukan kasih sayang dari seorang ayah.


Diharap permintaan Ainul ini tidak berlebihan dan diharap dapat abang memenuhi permintaan Ainul ini.


Sekian, wassalam…


Isterimu


Ainul


Adam leka membaca surat-surat dari Ainul.Sayu sungguh.Timbul rasa kasih buat Ainul dihatinya.


Keesokkan harinya, sebaik sahaja selesai segala tugasannya, Adam bergegas ke pejabat Ainul.


Adam bergegas bukan kerana untuk bertemu Ainul, tetapi untuk mengekori Ainul untuk melihat perkembangan Ainul dari jauh. Nasib Adam baik pada hari ini, kerana dia tidak perlu menunggu lama. Baru sahaja lima minit Adam menunggu, Adam sudah dapat melihat kelibat Ainul dengan perut yang membuyut masuk ke dalam kereta. Ainul kelihatan letih, mungkin kerana banyak urusan pada hari ini. Ainul merupakan akauntan di sebuah syarikat swasta.


Adam mengekori Ainul memasuki sebuah pusat membeli belah. Ainul menuju ke kedai yang menjual barangan bayi. Adam masih lagi mengekori Ainul. Adam sempat bertanya pada dirinya, kenapa dia sanggup menyakiti Ainul yang begitu baik.Timbul kekesalan dihatinya. Kelihatannya Ainul membeli katil bayi.


Sebaik sahaja pekerja kedai tersebut memasukkan katil tersebut ke dalam kereta, Ainul terus bergerak pulang dan Adam masih mengekorinya.


Sebaik sahaja sampai di perkarangan rumah Ainul segera menuju ke longkang. Anak tekaknya tidak tertahan lagi. Mabuk Ainul kini kian teruk. Mungkin kerana sudah mahu sampai bulan. Semuanya diperhatikan Adam yang meletakkan kenderaannya berdekatan dengan rumah Ainul.


Setiap hari Adam akan mengekori Ainul.Semakin hari hatinya makin kuat buat Ainul. Dirinya akan tersenyum sebaik sahaja melihat kelibat Ainul.Tapi hari ini berbeza dengan hari-hari sebelumnya. Ainul kelihatan pucat dan tidak bermaya.Kereta yang di pandu Ainul turut di pandu dengan perlahan. Ia menimbulkan keresahan di hati Adam. Sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah, seperti biasa, Ainul akan berkejar ke longkang untuk memuntahkan segala isi perutnya. Ia seperti menjadi lumrah sebaik sahaja pulang ke rumah. Adam memerhatikannya dengan penuh simpati. Ingin sekali dia memeluk isterinya itu lalu memohon maaf, namun masih ada ego yang menyebabkan Adam tidak bertindak sedemikian.


Tiba-tiba Adam tersentak dari lamunannya sebaik sahaja mendengar jeritan dari seorang wanita, dan wanita itu adalah Ainul. Dia di ragut, sebaik sahaja Ainul berdiri. Tas tangan yang pada awalnya berada di tangan telah disambar. Peragut itu telah menolak Ainul ke tembok. Ainul terkulai layu di situ, dan peragut itu berjaya melepaskan diri. Adam tidak sempat mengejar peragut tersebut. Adam berlari menuju ke arah Ainul, kelihatan ada darah yang mengalir di kaki Ainul. Adam segera membawa Ainul ke hospital, dan Ainul telah di masukkan ke wad kecemasan. Adam telah menghubungi mama dan papanya, serta ummi dan abah Ainul. Mereka bergegas ke hospital yang dimaksudkan oleh Adam.


Sebaik sahaja sampai di hospital Adam pelik melihat ummi dan abah yang sedikit pun tidak kelihatan marah melihat dirinya.


“ Adam, bagaimana dengan keadaan Ainul?lama abah tak jumpa Adam, Ainul kata Adam ada urusan kerja di luar Negara, jadi Adam kerap berulang alik dari Malaysia ke sana. Sibuk sungguh menantu abah ni..”, kata Encik Zainuddin sambil menepuk bahu menantunya itu.


Adam menceritakan peristiwa Ainul di ragut kepada mereka.


Mama dan ummi sudah lama mengalirkan air mata. Tambahan,mengenangkan Ainul yang di ragut.


Adam membawa diri menuju ke surau yang berdekatan untuk menunaikan solat. Dia masih belum bersolat lagi. Sebaik sahaja usai solat, Adam memohon ampun pada Ilahi atas setiap apa yang dilakukannya terhadap Ainul. Sungguh tidak di sangka bahawa Ainul tidak menceritakan apa yang terjadi antara dia dan Ainul sepanjang 9 bulan ini kepada ummi dan abah. Sungguh tabah Ainul melalui hari-harinya.


Usai solat Adam bergegas menuju ke wad kecemasan. Ainul masih lagi di dalam.


Setelah 4 jam berada di dalam bilik kecemasan, akhirnya keluar doktor yang bertugas. Doktor tersebut menyatakan bahawa Ainul selamat melahirkan anak kembar. Namun, Ainul berada dalam keadaan koma. Ini disebabkan pendarahan yang berlaku dan hentakan yang kuat di kepala Ainul semasa dia di ragut..


Adam terduduk, kakinya tidak lagi mampu menampung diri. Dia kesal dengan setiap apa yang berlaku. Semuanya berpunca darinya, sikapnya yang ego yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap diri Ainul dan kandungannya. Sikapnya yang mengikut hati yang hendak membalas dendam terhadap Ainul.Air matanya mengalir, mengenangkan diri Ainul yang kini terbaring koma.


Sudah 48 jam berlalu sebaik sahaja Ainul melahirkan.Ainul masih tidak sedarkan diri. Bayi mereka kembar sepasang. Adam memberikan nama Adam Haris dan Ainul Hanisah buat kedua-dua cahaya matanya. Kerana di dalam surat-surat Ainul, Ainul ada meminta Adam untuk memberikan nama anak-anak mereka nanti sebelum anak-anak mereka di azankan.






Adam melangkah menuju Ainul. Seperti sebelumnya, Adam akan menggenggam tangan Ainul lalu memulakan bicara. Kata doktor, mereka harus kerap berbual dengan Ainul. Ketika Adam leka menceritakan kepada Ainul tentang bayi mereka, tiba-tiba Adam merasakan bahawa jari-jemari Ainul bergerak-gerak. Adam segera memanggil doktor. Sebaik sahaja doktor melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa Ainul akan sedar dalam waktu yang terdekat ini. Mereka sekeluarga memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.


Adam mendapatkan Ainul, lalu menggenggam tangan isterinya. Di kucup jari yang mulus itu dengan linangan air mata. Malam itu, Adam terlena di samping Ainul. Tiba-tiba Adam mendengar seperti ada yang memanggil dirinya, sebaik sahaja dia mengangkatkan kepalanya, dia melihat Ainul yang sudah sedar dan suara yang didengarinya sebentar tadi adalah milik Ainul.


Adam segera mendakap isterinya…


“Ainul, maafkan abang Ainul, abang dah banyak sakitkan hati Ainul… Abang abaikan Ainul, maafkan abang..”,rayu Adam dengan hiba.


“Abang…Ainul dah lama maafkan abang..”, balas Ainul sambil tersenyum.


Berita gembira bahawa Ainul telah sedarkan diri di sampaikan kepada mama, papa, ummi dan abah yang berada di rumah. Adam yang meminta agar mereka berehat di rumah.


Seminggu telah berlalu selepas Ainul sedarkan diri, pada hari ini Ainul diizinkan untuk pulang ke rumah. Semua ahli keluarga menantikan kepulangan Ainul dan bayi mereka di rumah. Adam telah menyediakan banyak kejutan buat Ainul.


Adam telah menyediakan sebuah banglo buat mereka sekeluarga. Banglo tersebut tersergam indah. Adam turut menyediakan dua orang pembantu serta seorang tukang kebun. Semua barang-barang Ainul telah di pindahkan ke banglo tersebut. Tatkala Ainul menanyakan mengapa mereka tidak tinggal di rumah mereka yang dahulu sahaja. Adam menyatakan bahawa dia mahu memulakan hidup yang baru dalam suasana baru.






Sekian….

Jumaat, 5 Mac 2010

Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Constantinople





Hadis Rasulullah Tentang Pembebasan Constantinople

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali parit Khadaq:"...Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera......"
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Hadis Nabi Muhammad s.a.w. ini di realisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sulatan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

PENGENALAN

Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan  pada 29 Mar 1432 Masihi di Adrianapolis(sempadan Turki-Bulgaria). Wlau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah di sebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam hadis tadi. Baginda juga di beri gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451-1481). baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli falsafah sejarah berpendapat Baginda mangkat kerana di racun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin al-Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar A-Siddiq ra.

Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda di ajar tentang tektik peperangan, memanah, dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ylung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, latin, greek, Serbia, Turki, Parsi dan Herbew.

Di dalam bidang ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda, Sultan Murad 2, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu' dan rendah diri. Semasa membina benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja.


Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Bginda mengkaji pelan Kota Constantinople setiap malam bagi mengenalpasti titik kelemahannya. Baginda juga mnegkaji sebab-sebab kegagalan kempenkempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang yang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Contantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah di bina oleh Sultan Bayazid Tildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia, dan HUngary untuk memencilkan Constantinople apabila di serang nanti.

Baginda membawa para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantina gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ia menembusi dinding tengah kubu mereka.

BANTUAN DARI POPE VATICAN

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk mengahalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

MELANCARKAN KAPAL PERANG DARI PUNCAK GUNUNG

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokkan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian di luncurkan semula ke perairan teluk Golden Horn. tektik ini dikatakan sebagai tektik peperangan terbaik di dunia oleh sejarawan Barat sendiri. kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantine habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. petahanan Byzantin menjadi semakin rapuh. Bginda mengambil kesempatan pada malanya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingtkan mereka kepada Hadis rasulullah s.a.w. dan bersama-sama berdoa kepada Allah s.w.t.

MEMANJAT DAN MELASTIK DINDING KOTA

Keesokkan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat diding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam di teruskan sehingga tengahari.

KARISMA SEORANG PEMIMPIN

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. pda saat genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, " Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah, Sesiapa yang mahu syahid ikutilah aku!".

Mendengar itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera banginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka semuanya gugur syahid setelah dihujani dengan anak panah musuh.Kemudian tentera-tentera islam menyerbu betali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

PENAWAN CONSTANTINOPLE

Pada 29 mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. baginda menukar namanya kepaa Istanbul (Islam keseluruhan). Gereja Besar St. Sophies di tukar kepada masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah di dahinya dan melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa ini lah baginda di beri gelaran Al-Fateh iaitu menang kerana kejayaanya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada pertama kali solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,"Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu sekali sila duduk!". Tiada seorang pun diantara mereka yang duduk kerana tidak ada di antara mereka yang meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, " Siapa di antara kamu sejak kecil hingga kini pernah meninggalkan solat tahujjud walaupun satu malam, sila duduk!". kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al-Wali.Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam Hadisnya.

Artikel ini saya ambil dari:-
http://satuperkongsian.wordpress.com

Ahad, 28 Februari 2010

Atas Nama Cinta Pada ILAHI

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu

Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah...
Jika aku terjatuh hati pada kekasihMu, jangan biar aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...




Jumaat, 26 Februari 2010

Sungai Dalam Laut


"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan): yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang mengahalang," (Surah Al-Furqan:53)

Mr.Jacques Yves Costeau, beliau asalah seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Sepanjang hayat beliau menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat dokumentari tentang keinsahan dassar laut untuk tontonan dunia.

pada suatu ketika, beliau menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sedap rasanya yang tidak bercampur sama sekali dengan air laut yang sememangnya sangat masin di sekelilingnya seolah-olah ada satu tembok pemisah yang memisahkan kedua-duanya.
Fenomena ganjil ini menimbulkan tanda tanya kepada Mr.Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan.

Seterusnya, beliau menemui seorang Professor Muslim kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil yang di temuinya. Professor Muslim itu teringat pada baris ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (SUrah Ar-RAhman ayat 19-20) yang sering diidentitikan sebagai Terusan Suez. "Dian biarkan dua lautan bertemu, dia antara keduanya ada batas yang tidak boleh di tembus." Kemudian dibacakan pula Surah Al-Furqan ayat 53 di atas.

Terpesonalah Mr.Consteau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi  kekaguman beliau melihat fenomena ganjil tersebut. Ini kerana Al-Quran ini mustahil di susun oleh MUHAMMAD yang hidup di abad ke-7, sedangkan pada zaman itu masih belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai kelokasi yang jauh terpencil kedalam samudera. Ini menunjukkan bahawa ia benar-benar satu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad ke-20 bahawa al-Quran memang kitab suci yang berisi firman Allah, yang mana seluruh kandungannya mutlak benar.

Rentetan daripada kejadian itu Mr.Costeau memeluk Islam. 
Jika anda seorang penyelam, maka anda di galakkan mengunnjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua.
Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya segar (tawar), namun jika anda menyelam lebih dari 60 meter, airnya menjadi masin. 
Lalu anda boleh melihat sebuah sungai di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daunan.


Khamis, 18 Februari 2010

Cinta Yang Harus Dipupuk

Cinta yang selayaknya umat manusia serahkan adalah kepada Sang Pencipta manusia(ALLAH), kerana cinta Allah adalah cinta sejati yang kekal abadi. Cinta manusia atau sesama makhluk akan kecewa pada akhirnya. Sesiapa yang menyintai Allah nescaya dia akan merasakan kelazatan imannya di dunia dan di akhirat sepertimana yang berlaku pada ahli sufi (hidupnya untuk Allah di dunia dan di akhirat). malang bagi sesiapa yang cintakan manusia melebihi cintanya pada Allah, kerana kelak passti kecewa dan mengundang malapetaka kepada dirinya sendiri seperti penceraian, pergaduhan, kematian orang yang dicintai dan sebagainya.


Ingat cinta yang selayaknya adalah Allah merupakan cinta yang pertama yang perlu diberikan oleh semua umat manusia.


Cinta kedua adalah cintakan Rasul, bagi sesiapa yang cintakan Rasul nescaya dia akan memperoleh syafaat untuk dirinya di hari kemudian. Tanda insan yang menyintai Rasul adalah dengan sentiasa berselawat ke atasnya, maka Allah akan menambahkan pahalanya sebanyak 10 pahala bagi orang yang berselawat.


Cinta yang ketiga adalah kepada alim ulamak, kerana mereka adalah insan yang meneruskan perjuangan Rasulullah menyebarkan syiar Islam.


Cinta yang keempat ialah cinta cintakan ibubapa, kerana tanpa mereka siapalah kita. Mereka sanggup berkorban untuk anakanak yang tercinta demi memastikan ank-anak mereka memperoleh kejayaan hidup di dunia dan di akhirat kelak.


Cinta yang kelima adalah cintakan isteri dan anak-anak, kerana cintakan isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah adalah penghibur bagi menceriakan suasana kehidupan seseorang.


Kelima-lima cinta yang di atas ialah cinta yang selayaknya untuk diberikan, kerana ini semua merupakan tanggungjawab semua umat Islam untuk mempraktikkannya, serta menjadikannya sebagai sebahagian dari kehidupan kita Andai kelima-lima cinta ini dapat yang dapat di tegakkan InsyaAllah kita tidak akan tersasar dari landasan.


Dan sebenarnya sambutan hari kekasih adalah bercanggah dengan ajaran Islam, kerana terdapat batasan dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ramai di kalangan muda mudi menantikan sambutan hari kekasih dengan berbagai perbuatan yang diharamkan oleh Islam. " Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat."(al-Isra:32)




CINTA SEJATI MILIK ALLAH, KERANA IA KEKAL ABADI DAN NESCAYA DIRIMU TIDAK AKAN DI SAKITI ATAU DIKHIANATI MALAH DI KASIHI....


Isnin, 8 Februari 2010

Kelebihan Surah-Surah Al-Quran

Secara umumnya...semua surah elok dibaca...
Sesungguhnya Rasulullah bersabda : " Bacalah al-quran kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya."

Berikut adalah keistimewaan surah-surah dan boleh dijadika amalan...
  • Riwayat Muslim
    • Barangsiapa membaca ayat Kursi di akhir solatnya, tidak menegahnya memasuki syurga kecuali maut
  • Surah Al-Dukhan
    • Barangsiapa yang membaca surah al-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."
  • Surah al-Mulk
    • Barangsiapa membaca surah al-Mulk sebelum tidur, nescaya Allah SWT membebaskannya dari azab kubur
  • Surah al-Ikhlas
    • Barangsiapa yang membaca surah al-Ikhlas sebanyak sepuluh kali, Allah akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga
  • Surah al-Fatihah
    • Menguatkan daya ingatan
  • Surah Maryam
    • Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
  • Surah Luqman
    • Untuk memperoleh anak yang  cerdik akal dan cerdik jiwa
  • Surah Yusuf
    • Untuk memperoleh anak yan cantik rupa dan cantik akhlak
  • Surah Hujurat
    • Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
  • Surah Yassin
    • Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
  • Surah Taubah
    • Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
  • Surah al-Nahl
    • Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Isnin, 25 Januari 2010

5 Perkara Rosakkan Akidah Muslimah

Menurut Dr Aidh Al-Qarni dalam sebuah coretannya khusus buat Muslimah bertajuk A'Ad Al-Mar'ah Fil Alam (tip menjadi wanita paling bahagia di dunia) berkata:


"Jangan Biarkan Hatimu Dihancurkan Oleh Tanganmu Sendiri"


Bagaimana kita boleh menghancurkan diri sendiri????


SEGALA-GALANYA MENERUSI HATI.............


  • Jangan resah dan gelisah
    • usah selalu mengeluh dengan keadaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita
  • Jangan sedih dan berasa derita
    • hapuskan perasaan ini dengan beristighfar, berdoa, dan mohonlah pertolongan dari-Nya
  • Jangan lemah dan malas
    • Aktifkan diri dengan  ibadat, zikir, mencari ilmu, bekerja dan beribadah
  • Jangan banyak berhutang
    • nafsu jika dituruti kita tidak akan pernah puas, akibatnya hidup tidak akan tenteram jika terlalu mengejar harta, pangkat dan duniawi
  • Jangan kedekut dan pengecut
    • Rezeki yang Allah beri bukan milik peribadi kerana padanya terdapat hak orang miskin dan anak yatim. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap ibubapa kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa.
Baginda s.a.w. megajarkan doa untuk selamat dari 5 perkara di atas....


" Ya Allah, aku berlinding kepada-Mu daripada resah gelisah, dari sedih derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan pengecut, dan dari lilitan hutang dan tekanan orang..."



Sabtu, 16 Januari 2010

Kepentingan Wanita Menutup Aurat

Setiap hukum yang diturunkan oleh Allah Ta'ala mempunya tujuan dan hikmah yang pasti mendatangkan kebaikan kepada manusia.


Ahli feqah telah mengakategorikan kebaikan manusia perlu dijaga dalam 3 kategori iaitu, maslahah daruriat, hajiat dan tahsiniat.
  • Maslahah daruriat
    • mengandungi 5 perkara iaitu Agama, nyawa, akal, kehormatan dan harta. Setiap satu dari syariat ini amat dijaga oleh syariat Islam melalui dua bentuk iaitu berbentuk perintah dan larangan serta berbentuk hukuman.
Dua daripada 5 perkara yang perlu diberi perhatian khusus ialah soal agama dan kehormatan.
Dan di sini lah relevannya perbincangan falsafah darurat.


Jika di tanya mengapa wanita harus menutup aurat?
  • Maka jawapannya ialah, menjaga agama dan kehormatan manusia sejagat.
Bagaimana?
  • Jawapannya ialah, agama islam mahu kehidupan manusia di dunia ini berjalan lancar dalam keadaan yang tenang dan tenteram dalam semua aspek perhubungan samada hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia dengan manusia, dan hubungan manusia dengan makhluk lain.
Kunci bagi ketenteraman adalah hati, sebagaimana yang diungkap oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda yang bermaksud:


" Sesungguhnya di dalam badan manusia ada seketul darah, apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad (tindakan-tindakannya), dan sekiranya ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad (tindakan-tindakannya).Ketahuilah seketul daging itu adalah hati."


Hati manusia pula melalui panduan yang di berikan Rasulullah s.a.w. bolleh menjadi kotor dan boleh menjadi bersih dari segi rohaninya.


Hati manusia akan menjadi hitam apabila manusia terlalu tenggelam dalam memenuhi tuntutan syahwat yang dilarang oleh syariat Islam. Antara bentuk syahwat yang sukat dikawal manusia adalah syahwat lelaki terhadap wanita sebagai mana terungkap dalam firman Allah Ta'ala yang bermaksud:


"Diperhiaskan kepada manusia syahwat terhadap wanita, anak-anak...(Ali Imran:14)


Dengan itu, perintah menutup aurat bagi wanita dalam syariat Islam adalah bertujuan untuk membersihkan masyarakat islam daripada ditenggelami oleh gelora syahwat dan akhirnya akan menyebabkan umat islam lupa akan kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan terhadap Tuhan, agama, diri , keluarga, masyarakat dan negara. Ini bermaksud kebaikan menutup aurat adalah pulang kepada manusia itu sendiri. Selain daripada itu, perintah menutup aurat ini juga adalah satu sigat rahmat Allah terhadap kelemahan yang ada pada manusia samada lelaki atau perempuan dalam berdepan dengan kebangkitan dorongan seksual yang kena pada tempatnya (yang dilarang oleh syarak)


Justeru itu al-Quran memerintahkan wanita-wanita beriman supaya menutup aurat mereka dengan sempurna melalui firman Allah Ta'ala di dalam seurah al-Ahzab yang bermaksud:


"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang yang beriman: Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh badan mereka."{al-Ahzab:59)


Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. amat menekankan tentang aurat wanita.


Antaranya Rasulullah s.a.w. pernah mengungkapkan istilah "perempuan berpakaian tetapi bertenlanjang" di dalam salah satu hadis baginda. Ini kerana sekalipun perempuan itu memakai pakaian, tetapi pakaiannya itu tidak dapat mengelakkan diinya daripada fitnah yang boleh merosakkan hati dan perlakuan umat islam.Daripada hadis ini juga para ulama telah menggariskan panduan menutup aurat dalam islam.


Antara panduan yang telah diberikan ialah pakaian yang dipakai hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
  • Hendaklah menutup semua anggota termasuk dalam aurat iaitu seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan, kecuali wanita yang mempunyai rupa paras yang terlalu cantik dan boleh menimbulkan fitnah apabila lelaki melihatnya. Maka wanita ini wajib menutup seluruh auratnya.
  • Pakaian yang dipakai hendaklah longgar dan tidak menunjuk bentuk tubuh badan
  • Pakaian yang tidak jarang hingga menampakkan kulit badan.
  • Menurut sesetengah ulama warna pakaian hendaklah warna yang tidak menarik perhatian
Kriteria-kriteria pakaian ini adalah bersifat mutlak tanpa mengalami apa-apa perubahan sejak dulu sampai bila-bila.


Kadang-kadang timbul persoalan antara fesyen dan  tuntutan menutup aurat. Ini kerana kedapatan wanita yang memakai pakaian yang sinonim dengan islam tetapi hakikatnya fesyen itu langsung tidak mengikuti kriteria-kriteria yang di senaraikan. Tambahan pula dengan wanita-wanita yang berpakaian ala-ala barat yang langsung tidak menunjukkan identiti islam dalam berpakaian.Golongan ini lebihh buruk nasibnya daripada golongan yang pertama di akhirat kelak.


Bukan sesuatu yang mudah untuk memenuhi kriteria-kriteria tersebut, ia hanya akan dapat dilaksanakan apabila keimanan dan kesedaran terbit dalam diri wanita itu sendiri.


Perintah menutup aurat terutama ke atas wanita adalah bertujuan untuk:
  • Menjaga maruah sebagai seorang manusia yang mempunyai kehormatan diri.
  • Memelihara kelyarha daripada dilanda kekeruhan yang berpunca daripada gelora seks yang tidak terkawal hasil daripada aurat yang didedahkan.
  • Mengawal masyarakat daripada dicemari dengan kekotoran sosial akibat daripada perbuatan tidak menutup aurat di kalanagn wanitanya
  • Menyelamatkan perbelanjaan negara daripada di belanjakan untuk merawat pelaku dan mangsa jenayah seksual yang berpunca daripda wanita yang tidak menutup aurat.

Selasa, 5 Januari 2010

Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk ~ Bapa Kemodenan Turki



Mustafa Kamal Attartuk merupakan bapa kemodenan Turki yang mana jasadnya tidak diterima bumi...

Semasa tempoh beliau memimpin Turki pelbagai pembaharuan yang beliau lakukan. Pembaharuan tersebut adalah bertentangan dengan Islam. Berikut adalah pembaharuan yang dibawa :-
  • Seorang wanita itu dibenarkan untuk memakai tudung tetapi dengan syarat memakai skirt.
  • Seorang lelaki pula dibenarkan memakai seluar panjang tetapi dengan syarat memakai tali leher dan topi yang mana bersesuaian dengan budaya barat.
  • Mengarahkan Al-Quran dicetak dengan menggunakan bahasa Turki.
  • Beliau menyatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
  • Menukar azan kepada bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah bagi membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  • Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  • Menyerang Islam secara terbuka.
  • Untuk memodenkan Turki, tenaga arkitek-arkitek dari luar negara digunakan. Mereka diarahkan mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di sekitar bandar.
  • Menyuruh lelaki dan wanita menari di khalayak ramai.
  • "Negara tidak akan maju sekiranya rakyat tidak cendenrung dengan pakaian moden",perkata ini pernah di sebut oleh beliau.
  • Agama Islam di buang sebagai Agama Rasmi Negara.
  • Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar menerusi undang-undang barat
  • Sesetengah masjid di jadikan gereja dan terdapat  juga di jadikan muzium.
  • Menghapuskan Kementerian Wakaf
  • Membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin
  • Membatalkan undang-undang faraid secara islam
  • Menukarkan huruf Arab kepada Latin
  • Menghapuskan penggunaan kalendar Islam
  • Menganggap dirinya tuhan
Saat Kematian Mustafa Kamal Attartuk

Allah telah mendatangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau merasa terseksa dan tidak dapat menanggung azab Allah tersebut
  • Menghidap penyakit kulit seluruh badan, dan beliau merasa gatal di seluruh tubuhnya.
  • Sakit jantung
  • Panas sepanjang masa, sehingga mengarahkan bomba untuk menyiram rumahnya sepanjang masa.Serat mengarahkan pembantu rumahnya untuk meletakkan ais batu di dalam selimutnya.
  • Menghidap penyakit darah tinggi.
Apa sahaja yang dilakukan, usaha itu tidak mendatangkan hasil, sehinggalah beliau dihantar ke tengah lautan sengan harapan beliau akan berasa sejuk. namun panasnya tetap tidak hilang

26 September 1938
Beliau pengsan selama 48 jam, dan hilang ingatan sebaik sahaja beliau sedar.

9 November 1938
Beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Tiada seorang pun yang memandikan, mengafankan dan menyembahyangkan beliau.

Mayatnya di awet 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuannya datang meminta ulama-ulama Turki menguruskan mayat tersebut.

Ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan, mayatnya tidak diterima bumi. Disebabkan putus asa, mayatnya di awet sekali lagi dan di simpan di dalam muzium selama 15 tahun sehingga tahun 1953.

Selepas 15 tahun mayatnya hendak di tanam semula, namun bumi sekali lagi tidak dapat menerima jasadnya.

Kemudian mayatnya di bawa ke satu bukit di tanam dalam binaan marmar yang beratnya 44 tan.
Mayatnya di tanam di celah-celah marmar.

Ulama-ulama yang sezaman dengan Mustafa kamal berkata, "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Attartuk!!".

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. Rasulullah SAW bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara azlann1981...(www.carigold.com)
Saya tertarik dengan kisah yang di sampaikan oleh beliau dan saya nukilkan di laman blog ini untuk tatapan.

Wassalam...