.: Nuffnang :.

Khamis, 18 Februari 2010

Cinta Yang Harus Dipupuk

Cinta yang selayaknya umat manusia serahkan adalah kepada Sang Pencipta manusia(ALLAH), kerana cinta Allah adalah cinta sejati yang kekal abadi. Cinta manusia atau sesama makhluk akan kecewa pada akhirnya. Sesiapa yang menyintai Allah nescaya dia akan merasakan kelazatan imannya di dunia dan di akhirat sepertimana yang berlaku pada ahli sufi (hidupnya untuk Allah di dunia dan di akhirat). malang bagi sesiapa yang cintakan manusia melebihi cintanya pada Allah, kerana kelak passti kecewa dan mengundang malapetaka kepada dirinya sendiri seperti penceraian, pergaduhan, kematian orang yang dicintai dan sebagainya.


Ingat cinta yang selayaknya adalah Allah merupakan cinta yang pertama yang perlu diberikan oleh semua umat manusia.


Cinta kedua adalah cintakan Rasul, bagi sesiapa yang cintakan Rasul nescaya dia akan memperoleh syafaat untuk dirinya di hari kemudian. Tanda insan yang menyintai Rasul adalah dengan sentiasa berselawat ke atasnya, maka Allah akan menambahkan pahalanya sebanyak 10 pahala bagi orang yang berselawat.


Cinta yang ketiga adalah kepada alim ulamak, kerana mereka adalah insan yang meneruskan perjuangan Rasulullah menyebarkan syiar Islam.


Cinta yang keempat ialah cinta cintakan ibubapa, kerana tanpa mereka siapalah kita. Mereka sanggup berkorban untuk anakanak yang tercinta demi memastikan ank-anak mereka memperoleh kejayaan hidup di dunia dan di akhirat kelak.


Cinta yang kelima adalah cintakan isteri dan anak-anak, kerana cintakan isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah adalah penghibur bagi menceriakan suasana kehidupan seseorang.


Kelima-lima cinta yang di atas ialah cinta yang selayaknya untuk diberikan, kerana ini semua merupakan tanggungjawab semua umat Islam untuk mempraktikkannya, serta menjadikannya sebagai sebahagian dari kehidupan kita Andai kelima-lima cinta ini dapat yang dapat di tegakkan InsyaAllah kita tidak akan tersasar dari landasan.


Dan sebenarnya sambutan hari kekasih adalah bercanggah dengan ajaran Islam, kerana terdapat batasan dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ramai di kalangan muda mudi menantikan sambutan hari kekasih dengan berbagai perbuatan yang diharamkan oleh Islam. " Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat."(al-Isra:32)




CINTA SEJATI MILIK ALLAH, KERANA IA KEKAL ABADI DAN NESCAYA DIRIMU TIDAK AKAN DI SAKITI ATAU DIKHIANATI MALAH DI KASIHI....


2 ulasan:

nimie berkata...

kebetulan lak nimi pun menulis ttg cinta..haha

.: NNJ :. berkata...

nimie dan cintanya..huhuhu