.: Nuffnang :.

Ahad, 3 Januari 2010

Hukum Menyimpan Patung Di Rumah Sebagai Hiasan

 Oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Pertanyaan :
> Apakah hukumnya menyimpan patung di rumah sebagai perhiasan?

Jawapan :


Seorang muslim tidak boleh mengantung gambar atau mengiasi rumahnya dengan haiwan yang telah diawet.

Hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan bahawa haram hukunya menggantung gambar dan meletakkan patung di dalam rumah atau dimana-mana sahaja. Kerana benda-benda itu boleh mendatangkan syirik kepada Allah SWT.

Hal ini pernah terjadi kepada kaum Nabi Nuh yang melakukan kemusyrikan disebabkan lukisan yang menggambarkan lima orang soleh pada zaman mereka.Kaum Nuh menggantungkan lukisan tersebut di majlis-majlis, sebagaimana Allah terangkan dalam Al-Quran dengan firmannya:

"Ertinya : Dan mereka berkata, jangan sesekali kamu meninggalkan (penyembahan) ilah-ilah kamu dan jangan pulan sesekali amu meninggalkan penyembahan(wadd), dan jangan pula suwa', ya'uq dan nasr'. Dan sesudahnya mereka telah menyesatkan banyak manusia."[Nuh ; 23-24]

Dalam sebuah hadis sahih dari Rasulullah SAW, baginda berkata kepada Ali bin Abi Talib

"Ertinya : Janganlah engkau tinggalkan patung kecuali engkau telah membuatnya menjadi tidak bebentuk, dan jangan pula meninggalkan kubur yang menjulang tinggi kecuali enkau meratakannya". [Hadis Riwayat Muslim dalam Al-Jana'iz,969]


Terdapat banyak Hadis yang menerangkan tentang perkara ini.


Jadi tidak salah kiranya patung dijadikan alat permainan kerana Aisyah, isteri Rasulullah SAW sendiri dikahwini ketika berusia 7 tahun dan Rasulullah tinggal bersamanya ketika Aisyah berusia 9 tahun dalam keadaan Aisyah masih bermain dengan anak-anaknya(patung permainan).
Reaksi:

2 ulasan:

La Lola berkata...

apakah hukum bagi wanita dewasa yang menyimpan teddy bear (membawa tidur)?

AINULQALB berkata...

saya tidak pasti samada pendapat saya ni boleh d terima...

menurut ustazah yg mengajar sy dlu...
membawa tidur teddy bear tidak lah salah...
kerana ia jelas menunjukkan yang kita tidak mengaagung-agung kn ia..
ia x d jadikan bahan perhiasan atau d pamerkan...andai patung itu d simpan d dalam almari...sbg perhiasan... ia adalah salah...kerana ia memperlihatkan seperti kita memujanya...

itu pendapat saya dan fahaman saya...
mungkin boleh d terima, mungkin juga tidak...la lola bole bertanya pada yang lebih arif..;)

bole juga la lola berkongsi maklumat dgn saya kn...