.: Nuffnang :.

Ahad, 3 Januari 2010

Taubat



Seorang ahli hikmah berkata:


"Sifat orang yang mengenali Allah ada enam:

  1. Jika ingat kepada Allah ia berbangga


  2. Jika ingat kepada dirinya ia merendah diri


  3. Jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil ikhtibar


  4. Jika ingin bermaksiat ia menahan diri


  5. Jika ingat kemaafan Allah ia gembira


  6. Jika ia ingat dosanya ia terus memohon keampunan Allah

Seorang ahli hikmah lain bertanya:


"Apakah tanda taubat diterima Allah?:
Jawabnya ada empat tanda iaitu:



  1. Putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang soleh


  2. Menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah


  3. Hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat


  4. Percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah

Abul-Lalts Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis:

  1. Dosa kamu terhadap Allah


    • Dosa kamu dengan Allah terlepas dengan tiga syarat taubat iaitu menyesal dalam hati, niat tidak akan mengulanginya lagi, dan membaca istighfar dengan lidah.


    • Sesiapa yang melakukan tiga syarat itu, Allah ampunkan dosanya sebelum dia bangun dari tempat duduknya, kecuali dia meninggalkan fardhu diwajibkan Allah.


  2. Dosa sesama manusia


    • Selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, tidak berguna taubat bagimu

Sumber : Abul-Lats Assamarqandi dalam buku, Tanbihul Ghafilin...


Jadi teman-temanku sekalian, bertaubatlah selagi anda masih mampu bernafas...


Jagalah perhubungan kita dengan Allah serta sesama insan...


Jika Allah sentiasa membuka pintu keampunan buat kita, ia tidak cukup untuk kita menarik nafas lega jika kesalahan kita sesama manusia masih belum memperoleh kemaafan...


Kerana tanpa kemaafan dari seorang insan, mana mungkin taubat kita diterima...


Wassalam....


0 ulasan: